Alhamdulillah..semalam 10.03.2019 saya berkesempatan untuk menghantar bakal Al-Hafiz Ali Hafiz di MRSM Gemencheh, Negeri 9.
Perjalanan dari Putrajaya-Gemenche agak lancar.
Kami mengikuti lebuh raya PLUS Utara-Selatan dan exit di Simpang Empat,Melaka. Perjalanan dari Putrajaya ke MRSM Gemencheh mengambil masa sekitar 2Jam 30minit.
Seusai selesai menghantar bakal Al-Hafiz, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kajang. Sebelum bertolak, kami mengsetkan google map bagi memantau keadaan trafik lebuhraya.
Kali ni,kami mengambil perjalanan melalui kampung-kampung di Negeri 9. Kami melalui Johol - Kuala Pilah - Kajang.
Jam ketika itu sudah menunjukan 5petang. Sepanjang perjalanan, jalan agak sunyi sehingga ke Kuala Pilah. Kebetulan, semasa berada di Kuala Pilah, kami berkesempatan untuk singgah diKarnival jom lelong. Kami menghabiskan masa sekurang kurang nya sejam di sana.
Kami meneruskan perjalanan. Jalan dari kuala pilah ke seremban agak berbukit. Terdapat banyak gerai di tepi jalan menjual itik salai dan madu.
Lebuh raya lekas...to be continue...